Sunday, November 3, 2013

Atas Nama Ukhuwah

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (43:67)
Dia 1: Awak, nanti kalau saya jatuh bangunkan saya ye?
Dia 2: *Angguk* *senyum*

Dia 2: Awak, bila saya tersalah jalan, tarik saya ke laluan yang benar ye?
Dia 1: Sudah semestinya.

Dia 1: Awak, kalau nampak saya lemah, kuatkan saya ye?
Dia 2: Pasti.

Dia 1: Awak, sama-sama pimpin saya ke syurga ye?
Dia 2: InsyaAllah.

Manis kan apabila ukhuwah yang bermatlamatkan Allah. Sama-sama menguatkan. Saling mengingatkan.
Yang payah jadi mudah. Yang letih kembali bertenaga hanya dengan kuntum senyum. Tiada rasa sunyi dalam mengharungi jalan menegakkan agama.

Ah, membayangkannya sahaja sudah buat kita tersenyum manis. Namun, apakah di realitinya yang indah-indah itu mampu dimanifestasi?

Susah sebenarnya. Jika mudah, mengapa ramai antara kita yang futur?Jika senang, mengapa ramai yang berhenti di pertengahan jalan?

Dan berapa ramai antara kita cuba menarik mereka kembali?

Bait-bait doa rabitah yang selalu kita untaikan hampir di setiap pertemuan, yang selalu kita ratibkan sesudah solat, benarkah kita benar-benar hayati?

Sungguh, wahai sahabat. Jika ada yang menegur, jangan menjauh. Itu tanda sayang seorang sahabat terhadap sahabatnya yang lain.

Benar wahai sahabat. Jika ada yang berbuat salah, jangan diringankan kaki meninggalkan ia kekeliruan. Kerna mungkin sahabat kita sedang diuji. Atas nama ukhuwah yang selalu kita alunkan lewat perjumpaan, bantulah sahabat yang diuji. Kerna kita tidak tahu saat bila pula giliran kita akan tiba.

Pesanan ini untuk saya dan mereka yang berukhuwah atas nama Allah. Kerna saya mahu kita semua bergembira dan saling mengucapkan salam dalam pertemuan agung di syurga nanti. =)



No comments:

Post a Comment