Ingin saja saya layangkan senyuman terindah kepada awak
Agar hilang segala gundah
Agar terubat jiwa yang resah
Agar sembuh segala sakit
Namun saya hanya mampu tertunduk malu
Bimbang awak terlihat lintasan cinta di mata saya
Ingin saja saya menyapa awak
Untuk menanyakan khabar
Untuk bertukar cerita
Untuk berbalas senda gurau
Namun melihat kelibat awak dari jauh pun sudah buat saya tidak tentu arah
Lantas saya putuskan..
Biar saya jadi hujan
Agar saya jatuh lembut di hati awak
Mendamaikan resah
Menyejukkan amarah
Biar saya jadi angin
Supaya saya dapat menyapa awak dengan santun
Menyampaikan rindu
Membawa desir lagu cinta
Biar saya jadi bintang
Supaya malam awak tidak sunyi tanpa teman
Membawa cahaya dalam kelam
Agar awak tahu, harapan sentiasa ada untuk awak
Biar doa yang saya kirimkan lewat sujud saya pada Tuhan
beri awak petanda bahawa hati ini sudah jatuh suka.
No comments:
Post a Comment